Selamat Datang Ke Blog Persatuan Pengguna SMK Selinsing

Anda adalah pengunjung yang bijak.
Layarilah paparan yang disediakan di blog ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda tentang isu - isu kepenggunaan pada masa kini....


Wahai Pengguna, Gunakan Kuasa Anda ...
" 1 Pengguna 1 Suara "

Friday 24 February 2012

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan yang  telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
  2. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
  3. Ringkasnya, Tribunal  Tuntutan  Pengguna  ialah  " Mahkamah  Pengguna " .

OBJEKTIF  TRIBUNAL
  1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999
  2. Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM25,000.00.
  3. Memahami hakikat ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
KEANGGOTAAN TRIBUNAL
Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri
 
BIDANG KUASA TRIBUNAL

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
a)  apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia 
      mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti 
      diperuntukkan di bawah Akta;
b)  di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi 
      RM25,000.00;
c)  apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui 
      perintah yang disiarkan dalam Warta.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.

BATASAN BIDANG KUASA

Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-
a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau 
     kepentingan mengenai  tanah;
c)  yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa 
     estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa 
     francais; dan
d)  yang mengandungi pertikaian mengenai -
          i.    hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau 
                 disebabkan kematian tak  berwasiat;
          ii.   nama baik (good will)
          iii.  apa-apa hak dalam tindakan;
          iv.  rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
e)  apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui 
      mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar 
      dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang 
      menjadi hal perkara tuntutan itu.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu. 


Contoh  situasi  perbicaraan  kes  di  TTPM :-

No comments:

Post a Comment