Selamat Datang Ke Blog Persatuan Pengguna SMK Selinsing

Anda adalah pengunjung yang bijak.
Layarilah paparan yang disediakan di blog ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda tentang isu - isu kepenggunaan pada masa kini....


Wahai Pengguna, Gunakan Kuasa Anda ...
" 1 Pengguna 1 Suara "

Friday 24 February 2012

SEJARAH HARI PENGGUNA MALAYSIA

             Pada 26 Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.

           Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia ini.
           
        Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
          
         Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
          Rentetan pada itu, pihak penganjur turut juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Hak Pengguna Sedunia. Hari Hak Pengguna Sedunia biasanya disambut pada 15 Mac setiap tahun.

No comments:

Post a Comment