Selamat Datang Ke Blog Persatuan Pengguna SMK Selinsing

Anda adalah pengunjung yang bijak.
Layarilah paparan yang disediakan di blog ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda tentang isu - isu kepenggunaan pada masa kini....


Wahai Pengguna, Gunakan Kuasa Anda ...
" 1 Pengguna 1 Suara "

Friday 24 February 2012

SEKAPUR SIREH ...

        Salam  Sejahtera,   Salam  1  Malaysia  buat  para  pembaca  semua.    Salam  di beri  pembuka  bicara...  Bertemu  kita  di  Laman  Blog  Persatuan  Pengguna  SMK  Selinsing,  34400  Simpang  Empat,  Semanggol,  Perak.

      Wahai  pembaca  semua,  kita  adalah  PENGGUNA.  Sedarkah  anda  semua  bahawa  kita  mempunyai  hak,  kuasa  dan  tanggungjawab  yang  sedang  dipikul ?  Apakah  selama  ini  kita  semua  telah  melaksanakannya?  Ikuti  dan  terokailah  segala maklumat  yang  disisipkan  di  laman  blog  ini,  kerana  kami  memuatkan  pelbagai  informasi  tentang  dunia  kepenggunaan  kita.  Semoga  anda  semua  beroleh  pengetahuan  daripadanya...

CARTA ORGANISASI

ORGANISASI   PERSATUAN   PENGGUNA 
SMK  SELINSING
TAHUN   2012

PENAUNG I              :  TN. HJ ABDULL KHALIM BIN ISHAK
PENAUNG  II           :  PN.NORIZAN BT ISMAIL

PENASIHAT             :  1. PN. NOR AZILA BT MUSLIM
                                          2. PN.HJH HASNAH BT HUSSEIN
                                          3. EN. MOHD FAZREEN BIN MAT TAHIR

PENGERUSI                : INTAN SYAHIRAH BT  MARHUSIN
NAIB PENEGRUSI    : MUHAMMAD ALIFF BIN GHAZALI
SETIAUSAHA             : NURUL NADIA BT HASHIM
NAIB SETIAUSAHA  : NOOR AZLINDA BT ABD AZIZ
BENDAHARI               : NURSYAFIQAH BT  SAFIEE
NAIB BENDAHARI   : AZUAN BIN KURNAIN

AJK TINGKATAN 5  : NUR AZILA BT SHAFINI
AJK TINGKATAN 4  : MUHAMMAD HELMI B. BAHARUDDIN
AJK TINGANKAT 3  : NUR AIMI SHAHIRA BT MUHAMAD  ZAIDIN
AJK TINGKATAN 2  : NOR FATIHAH BT ABDUL  SANI
AJK TINGKATAN 1  : MOHAMAD FIKRI  BIN R.AJAMI

TUJUAN DAN OBJEKTIF PERSATUAN PENGGUNA


TUJUAN  :
*  Untuk  membentuk  generasi  pengguna  yang  bijak,    
    rasional,  kompeten  dan  bertanggungjawab.

OBJEKTIF :

*  Meningkatkan  kesedaran  mengenai  hak  dan  
    tanggungjawab  pengguna  serta  isu - isu  kepenggunaan  
    semasa;
*  Meningkatkan  pengalaman,  kemahiran  dan  kepimpinan  
    di  dalam  hal - hal  kepenggunaan;
*  Memupuk  semangat  berpasukan  dan  bersatu -  padu  di  
    kalangan  ahli - ahli  kelab  di  dalam  membuat  keputusan  
    dan  menyuarakan  pendapat  di  dalam  bil - bil  
    kepenggunaan;
*  Menyemarakkan  kegiatan  kepenggunaan  di  kalangan  
    ahli - ahli  kelab  dan  rakan - rakan  sekolah.

MOTTO PERSATUAN


                          "  1  PENGGUNA;
                                         1  SUARA  "


PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2012

Antara  aktiviti  yang  dirancang  untuk  dijalankan  pada  tahun  2012  ialah :-
  • Mesyuarat  Agung  Tahunan
  • Pengurusan  Kewangan   -  Merancang  Perbelanjaan  Harian
  • Pengurusan  Papan  Kenyataan  Persatuan
  • Menyertai  Pertandingan  sempena  Sambutan  Maulidur  Rasul
  • Menyertai  Pertandingan  sempena  Minggu  Vokasional  &  Teknik /  Hari  Kokurikulum  1/2012
  • Menyertai  Pertandingan  sempena  Hari  Kokurikulum 2/2012
  • Mewujudkan  Portal / Blog  Persatuan Pengguna
  • Kem  Pengguna
  • Request  Hari  Guru
  • Program  '  Hijaukan  Sekolah '  -   Taman  Persatuan Pengguna
  • Mewujudkan  Gerbang  Persatuan  Pengguna
  • Sukaneka  Persatuan
  • Jamuan  Akhir  Tahun

DEFINISI PENGGUNA

 

     "Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

            Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi.
  Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi ".

FALSAFAH KEPENGGUNAAN


Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:
  • Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
  • Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir

SEJARAH HARI PENGGUNA MALAYSIA

             Pada 26 Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.

           Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia ini.
           
        Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
          
         Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
          Rentetan pada itu, pihak penganjur turut juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Hak Pengguna Sedunia. Hari Hak Pengguna Sedunia biasanya disambut pada 15 Mac setiap tahun.

HAK PENGGUNA

8 HAK PENGGUNA :-

1.       Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan,  dan sebagainya




2.  Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barangan yang boleh membahayakan pengguna.




3.      Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak



 
4.      Hak untuk membuat pilihan
Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan 





 5.      Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.





6.      Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perniagaan yang `mengelirukan' & pampasan bagi perkhidmatan yang tidak menepati perjanjian.



7.      Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan.





8.    Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang       
        sihat  dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya atau pencemaran

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Sebagai  Pengguna,  ada  5  Tanggungjawab  Pengguna  yang  perlu  dilaksanakan,  iaitu :-


Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.



Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.


 Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan  kesulitan yang lebih besar.



Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.


Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan  datang.


MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA

Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.


Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.

Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:

(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan 
       (MPPPK);
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam 
       Negeri Dan Hal Ehwal  Pengguna;
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan 
       Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;             
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.

3.4 Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab.  Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan 
       harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang 
       sepatutnya  mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang 
       didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.

GALERI

          Koleksi  Gambar  ahli - ahli  Persatuan  Pengguna  SMK  Selinsing  ketika  menyertai  aktiviti dan pertandingan  yang  diadakan  di  peringkat  sekolah  /  daerah....



















DASAR PENGGUNA NEGARA ( DPN )

Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.
 
Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.
OBJEKTIF  DASAR  PENGGUNA  NEGARA
Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.

Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab
Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Pendidikan
Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi
Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan
Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008 - 2012



Pada 6 Mei 2008, empat buah organisasi peringkat kebangsaan  Gabungan 
Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis  Kebangsaan 
Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-  Pekerja Di 
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia  Malaysia (MBM) 
telah menandatangani satu Memorandum  Persefahaman (MoU) 
 untuk menganjurkan Kempen Konsumer  Kebangsaan, selama 4 tahun, 
iaitu dari 2008 hingga 2012. 
Kempen  yang dikenali sebagai ”Kempen 3K”(Kempen Konsumer Kebangsaan) 
ini turut   disertai   oleh   PETRONAS   pada  1 Januari 2009.  
Kempen ini diadakan sejajar dengan krisis ekonomi sejagat, yang 
telah memberikan kesan  negatif terhadap gaya hidup pengguna di Malaysia, 
iaitu
• Peningkatan harga bahan makanan
• Harga petroleum yang  berubah-ubah.
• Cuaca yang tidak menentu.
• Krisis kekurangan bekalan air.
• Krisis kewangan.
Kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlulah berfikiran lebih terbuka 
terhadap penggunaan  yang berhemat. Tema untuk kempen ini 
adalah “Perubahan  Bermula Dengan Saya”.

UNDANG UNDANG KEPENGGUNAAN

Undang  undang  berkaitan  kepenggunaan  yang  berada  di  bawah  bidang  kuasa  Kementerian  Perdagangan  Dalam  Negeri,  Koperasi  dan  Kepenggunaan  (  KPDNKK )  adalah  seperti  berikut :-

  1. Akta  Kawalan  Harga  1946
  2.  Akta  Kawalan  Bekalan  1961
  3. Akta  Sewa  Beli  1967
  4. Akta  Perihal  Dagangan  1972
  5. Akta  Timbang  dan  Sukat  1972
  6. Akta  Perlindungan  Pengguna  1999

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan yang  telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
  2. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
  3. Ringkasnya, Tribunal  Tuntutan  Pengguna  ialah  " Mahkamah  Pengguna " .

OBJEKTIF  TRIBUNAL
  1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999
  2. Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM25,000.00.
  3. Memahami hakikat ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
KEANGGOTAAN TRIBUNAL
Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri
 
BIDANG KUASA TRIBUNAL

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
a)  apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia 
      mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti 
      diperuntukkan di bawah Akta;
b)  di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi 
      RM25,000.00;
c)  apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui 
      perintah yang disiarkan dalam Warta.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.

BATASAN BIDANG KUASA

Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-
a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau 
     kepentingan mengenai  tanah;
c)  yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa 
     estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa 
     francais; dan
d)  yang mengandungi pertikaian mengenai -
          i.    hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau 
                 disebabkan kematian tak  berwasiat;
          ii.   nama baik (good will)
          iii.  apa-apa hak dalam tindakan;
          iv.  rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
e)  apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui 
      mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar 
      dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang 
      menjadi hal perkara tuntutan itu.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu. 


Contoh  situasi  perbicaraan  kes  di  TTPM :-

KEPENGGUNAAN BERHEMAT

Penggunaan Berhemat merupakan amalan asas dalam Kempen Konsumer Kebangsaan  atau Kempen 3K.
Ia bertujuan untuk mengajak setiap pengguna untuk merenung kembali corak penggunaan mereka, faktor-faktor luaran dan dalaman yang telah mempengaruhi cara mereka membelanjakan wang mereka.

Sebagai pengguna yang berhemat, minda kita perlu fokus pada tugasan seharian dalam pengurusan kewangan dan penggunaan.
Penggunaan berhemat adalah mengenai sikap lebih berwaspada kepada kepercayaan dan perwatakan yang mempengaruhi corak perbelanjaan dan penggunaan.

Penggunaan yang berhemat sebenarnya mencabar kepercayaan dan tabiat kita yang suka membazir dan melakukan kerosakan kepada alam sekitar.  Langkah pertama untuk menjadi pengguna yang berhemat ialah dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip berikut:
•Pengguna berhemat sedar tentang pendapatan dan   perbelanjaannya 
•Pengguna berhemat dapat membezakan antara keperluan dan kehendaknya
•Pengguna berhemat memberi perhatian kepada keperluan sekarang & masa  depan
•Pengguna berhemat berbelanja mengikut keperluannya
•Pengguna berhemat terbuka kepada idea ke arah penggunaan  lestari
•Pengguna berhemat menghormati semua kehidupan & proses alam semula jadi
•Pengguna berhemat mencari identiti sendiri bukannya berdasarkan kepada apa    
  yang  dimiliki.

KEPENGGUNAAN LESTARI

Kesan daripada pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan di muka bumi ini dikatakan sebagai meninggalkan tapak ekologi. Sebagai  pengguna kita perlu mengurangkan kesan  tapak ekologi yang kita tinggalkan. Oleh  itu kita perlu mengikut dua panduan  berikut;  demi  melestarikan  kehidupan  kita :
·    Kita perlu menggunakan barang  yang mesra alam dan    kurangkan penggunaan  bahan yang mencemarkan    alam  sekitar ;
· Menggunakan barang yang mesra alam seperti   menggunakan barang organik, hijau, barang yang dikitar semula dan sebagainya.