Selamat Datang Ke Blog Persatuan Pengguna SMK Selinsing

Anda adalah pengunjung yang bijak.
Layarilah paparan yang disediakan di blog ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda tentang isu - isu kepenggunaan pada masa kini....


Wahai Pengguna, Gunakan Kuasa Anda ...
" 1 Pengguna 1 Suara "

Friday 24 February 2012

MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA

Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.


Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.

Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:

(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan 
       (MPPPK);
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam 
       Negeri Dan Hal Ehwal  Pengguna;
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan 
       Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;             
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.

3.4 Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab.  Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan 
       harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang 
       sepatutnya  mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang 
       didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment