Selamat Datang Ke Blog Persatuan Pengguna SMK Selinsing
Anda adalah pengunjung yang bijak.
Layarilah paparan yang disediakan di blog ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda tentang isu - isu kepenggunaan pada masa kini....
Wahai Pengguna, Gunakan Kuasa Anda ...
" 1 Pengguna 1 Suara "
Layarilah paparan yang disediakan di blog ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda tentang isu - isu kepenggunaan pada masa kini....
Wahai Pengguna, Gunakan Kuasa Anda ...
" 1 Pengguna 1 Suara "
Tuesday 23 October 2012
JUARA GERBANG KEPENGGUNAAN PERAK 2012
Sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Gerbang Kepenggunaan Peringkat Negeri Perak yang telah diungguli oleh Kelab Pengguna SMK Selinsing ...
Monday 21 May 2012
Friday 24 February 2012
SEKAPUR SIREH ...
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia buat para pembaca semua. Salam di beri pembuka bicara... Bertemu kita di Laman Blog Persatuan Pengguna SMK Selinsing, 34400 Simpang Empat, Semanggol, Perak.
Wahai pembaca semua, kita adalah PENGGUNA. Sedarkah anda semua bahawa kita mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab yang sedang dipikul ? Apakah selama ini kita semua telah melaksanakannya? Ikuti dan terokailah segala maklumat yang disisipkan di laman blog ini, kerana kami memuatkan pelbagai informasi tentang dunia kepenggunaan kita. Semoga anda semua beroleh pengetahuan daripadanya...
CARTA ORGANISASI
ORGANISASI PERSATUAN PENGGUNA
SMK SELINSING
TAHUN 2012
SMK SELINSING
TAHUN 2012
PENAUNG I : TN. HJ ABDULL KHALIM BIN ISHAK
PENAUNG II : PN.NORIZAN BT ISMAIL
PENASIHAT : 1. PN. NOR AZILA BT MUSLIM
2. PN.HJH HASNAH BT HUSSEIN
3. EN. MOHD FAZREEN BIN MAT TAHIR
PENGERUSI : INTAN SYAHIRAH BT MARHUSIN
NAIB PENEGRUSI : MUHAMMAD ALIFF BIN GHAZALI
SETIAUSAHA : NURUL NADIA BT HASHIM
NAIB SETIAUSAHA : NOOR AZLINDA BT ABD AZIZ
BENDAHARI : NURSYAFIQAH BT SAFIEE
NAIB BENDAHARI : AZUAN BIN KURNAIN
AJK TINGKATAN 5 : NUR AZILA BT SHAFINI
AJK TINGKATAN 4 : MUHAMMAD HELMI B. BAHARUDDIN
AJK TINGANKAT 3 : NUR AIMI SHAHIRA BT MUHAMAD ZAIDIN
AJK TINGKATAN 2 : NOR FATIHAH BT ABDUL SANI
AJK TINGKATAN 1 : MOHAMAD FIKRI BIN R.AJAMI
TUJUAN DAN OBJEKTIF PERSATUAN PENGGUNA
TUJUAN :
* Untuk membentuk generasi pengguna yang bijak,
rasional, kompeten dan bertanggungjawab.
OBJEKTIF :
* Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan
tanggungjawab pengguna serta isu - isu kepenggunaan
semasa;
* Meningkatkan pengalaman, kemahiran dan kepimpinan
di dalam hal - hal kepenggunaan;
di dalam hal - hal kepenggunaan;
* Memupuk semangat berpasukan dan bersatu - padu di
kalangan ahli - ahli kelab di dalam membuat keputusan
dan menyuarakan pendapat di dalam bil - bil
kepenggunaan;
* Menyemarakkan kegiatan kepenggunaan di kalangan
ahli - ahli kelab dan rakan - rakan sekolah.
ahli - ahli kelab dan rakan - rakan sekolah.
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2012
Antara aktiviti yang dirancang untuk dijalankan pada tahun 2012 ialah :-
- Mesyuarat Agung Tahunan
- Pengurusan Kewangan - Merancang Perbelanjaan Harian
- Pengurusan Papan Kenyataan Persatuan
- Menyertai Pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul
- Menyertai Pertandingan sempena Minggu Vokasional & Teknik / Hari Kokurikulum 1/2012
- Menyertai Pertandingan sempena Hari Kokurikulum 2/2012
- Mewujudkan Portal / Blog Persatuan Pengguna
- Kem Pengguna
- Request Hari Guru
- Program ' Hijaukan Sekolah ' - Taman Persatuan Pengguna
- Mewujudkan Gerbang Persatuan Pengguna
- Sukaneka Persatuan
- Jamuan Akhir Tahun
DEFINISI PENGGUNA
"Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan
barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan
keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini
dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu
adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat
sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang
lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi ".
Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi ".
FALSAFAH KEPENGGUNAAN
Antara
falsafah umum kepenggunaan ialah:
- Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
- Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir
SEJARAH HARI PENGGUNA MALAYSIA
Pada 26
Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi &
Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan
pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini
telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.
Objektif
utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan
Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada
itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan
masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia
ini.
Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
Rentetan
pada itu, pihak penganjur turut juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari
Hak Pengguna Sedunia. Hari Hak Pengguna Sedunia biasanya disambut pada 15 Mac
setiap tahun.
HAK PENGGUNA
8 HAK PENGGUNA :-
1.
Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan
asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas
ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, dan sebagainya
2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran
barangan yang boleh membahayakan pengguna.
3.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat
untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak
4. Hak untuk
membuat pilihan
Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi
pilihan dalam membuat keputusan
5. Hak
untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang
cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
6. Hak untuk
mendapat ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian
keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perniagaan yang `mengelirukan' & pampasan bagi perkhidmatan yang tidak
menepati perjanjian.
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang
mencukupi dan berterusan.
8. Hak untuk
mendapatkan alam sekitar yang
sihat dan selamat TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Sebagai Pengguna, ada 5
Tanggungjawab Pengguna yang perlu dilaksanakan, iaitu :-
Kesedaran
untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
Penglibatan
dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
Tanggungjawab
sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
Bersatu
padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA
Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan
mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada
pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan
dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan
kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha
kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan
berkesan.
Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.
Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.
Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.
Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.
Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
(a)
Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan
(MPPPK);
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna;
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna;
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.
3.4 Kelemahan-kelemahan yang
ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi
mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab. Banyak
insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan
pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a)
kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan
harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang
sepatutnya mempunyai
tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang
didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.
GALERI
Koleksi Gambar ahli - ahli Persatuan Pengguna SMK Selinsing ketika menyertai aktiviti dan pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah / daerah....
DASAR PENGGUNA NEGARA ( DPN )
Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab
di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam
melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable
consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara
kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam
menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.
Dasar
Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui
perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan
penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang
berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk
menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna,
pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan
perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang
berkaitan.
OBJEKTIF DASAR PENGGUNA
NEGARA
Tahap
Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
Memastikan
tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri,
kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap
undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang
melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan
pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan
cepat.
Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab
Menggalakkan
amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang
melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga
dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang
supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta
menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan
kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan
kesejahteraan pengguna.
Pendidikan
Memastikan
pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan
swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal.
Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan
tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat
yang adil dan harmoni.
Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi
Meningkatkan
usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan
pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan
kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.
Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan
Mengharmonikan
hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai
satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik
di bawah satu dasar iaitu DPN.
KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008 - 2012
Persatuan-Persatuan Pengguna
Malaysia (FOMCA), Majlis Kebangsaan
Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)
telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU)
untuk menganjurkan Kempen Konsumer Kebangsaan, selama 4 tahun,
iaitu dari 2008 hingga 2012.
Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)
telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU)
untuk menganjurkan Kempen Konsumer Kebangsaan, selama 4 tahun,
iaitu dari 2008 hingga 2012.
Kempen yang dikenali sebagai ”Kempen 3K”(Kempen
Konsumer Kebangsaan)
ini turut disertai oleh PETRONAS pada 1 Januari 2009.
Kempen ini diadakan sejajar dengan krisis ekonomi sejagat, yang
telah memberikan kesan negatif terhadap gaya hidup pengguna di Malaysia,
iaitu
ini turut disertai oleh PETRONAS pada 1 Januari 2009.
Kempen ini diadakan sejajar dengan krisis ekonomi sejagat, yang
telah memberikan kesan negatif terhadap gaya hidup pengguna di Malaysia,
iaitu
•
Peningkatan harga bahan makanan
• Harga
petroleum yang berubah-ubah.
• Cuaca
yang tidak menentu.
•
Krisis kekurangan bekalan air.
•
Krisis kewangan.
Kesimpulannya,
masyarakat Malaysia perlulah berfikiran lebih terbuka
terhadap penggunaan yang berhemat. Tema untuk kempen ini
adalah “Perubahan Bermula Dengan Saya”.
terhadap penggunaan yang berhemat. Tema untuk kempen ini
adalah “Perubahan Bermula Dengan Saya”.
UNDANG UNDANG KEPENGGUNAAN
Undang undang berkaitan kepenggunaan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) adalah seperti berikut :-
- Akta Kawalan Harga 1946
- Akta Kawalan Bekalan 1961
- Akta Sewa Beli 1967
- Akta Perihal Dagangan 1972
- Akta Timbang dan Sukat 1972
- Akta Perlindungan Pengguna 1999
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
- Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
- Ringkasnya, Tribunal Tuntutan Pengguna ialah " Mahkamah Pengguna " .
OBJEKTIF TRIBUNAL
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999
- Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM25,000.00.
- Memahami hakikat ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
KEANGGOTAAN
TRIBUNAL
Seksyen 86
Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi
dan seorang Timbalan Pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang
anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri
BIDANG KUASA
TRIBUNAL
Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang
ia
mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti
diperuntukkan di bawah
Akta;
b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak
melebihi
RM25,000.00;
c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh
Menteri melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta.
Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.
BATASAN BIDANG KUASA
Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-
a) yang berbangkit daripada
kecederaan diri atau kematian;
b) bagi mendapatkan kembali tanah
atau apa-apa estet atau
kepentingan mengenai tanah;
c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah
atau apa-apa
estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa
francais; dan
d) yang mengandungi pertikaian mengenai -
i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan,
atau
disebabkan kematian tak berwasiat;
ii. nama baik (good will)
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
ii. nama baik (good will)
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan
melalui
mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar
dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang
perkara
yang
KEPENGGUNAAN BERHEMAT
Penggunaan Berhemat merupakan amalan asas dalam Kempen
Konsumer Kebangsaan atau Kempen 3K.
Ia bertujuan untuk mengajak setiap pengguna untuk merenung
kembali corak penggunaan mereka, faktor-faktor luaran dan dalaman yang telah
mempengaruhi cara mereka membelanjakan wang mereka.
Sebagai pengguna yang berhemat, minda kita perlu fokus
pada tugasan seharian dalam pengurusan kewangan dan penggunaan.
Penggunaan berhemat adalah mengenai sikap lebih berwaspada
kepada kepercayaan dan perwatakan yang mempengaruhi corak perbelanjaan dan
penggunaan.
Penggunaan
yang berhemat sebenarnya mencabar kepercayaan
dan tabiat kita yang suka membazir dan melakukan kerosakan kepada alam
sekitar. Langkah pertama untuk menjadi pengguna yang berhemat ialah
dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip berikut:
•Pengguna berhemat
sedar tentang pendapatan dan perbelanjaannya
•Pengguna berhemat dapat membezakan antara keperluan dan kehendaknya
•Pengguna berhemat memberi perhatian kepada keperluan sekarang & masa depan
•Pengguna berhemat berbelanja mengikut keperluannya
•Pengguna berhemat terbuka kepada idea ke arah penggunaan lestari
•Pengguna berhemat menghormati semua kehidupan &
proses alam semula jadi
Subscribe to:
Posts (Atom)